Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan satu lagi kes kematian berkaitan COVID-19 hari ini.
Kes kematian ke-113 melibatkan salah seorang kakitangan perubatan kesihatan berusia 53 tahun.
Pesakit di masukkan ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah, Likas pada 5 Mei 2020 kerana kondisi kesihatan semakin merosot akibat penyakit barah.
Pesakit yang juga mempunyai sejarah penyakit darah tinggi didapati positif COVID-19 dan meninggal pada 7 Mei 2020 jam 1.30 petang.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

Leave a Reply