Thursday, July 11, 2024
HomeBERITACOVID-19 : Info sahih melalui CPRC

COVID-19 : Info sahih melalui CPRC

Sejak berlakunya penularan wabak COVID-19, timbulnya kebimbangan di kalangan orang ramai khususnya di negara yang disahkan positif termasuk Malaysia.

Lebih-lebih lagi kini ramai pihak yang tidak bertanggungjawab menyebar berita palsu mengenai penyakit ini di platform media sosial.

Penyebaran berita-berita tidak benar tentang situasi wabak COVID-19 dinegara ini bukan hanya dapat menimbulkan situasi cemas malah ia boleh bertukar menjadi panik dan trauma kepada masyarakat umum.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau keraguan mengenai situasi semasa mengenai wabak COVID-19 di Malaysia, anda boleh berhubung terus dengan Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC).

Anda boleh menghubungi pusat perubatan kesihatan CPRC di talian 03 88810200/600/700 atau email soalan ke cprc@moh.gov.my.

Pihak CPRC bersiap sedia melayani dan memberikan informasi terkini berkenaan wabak ini mengikut waktu operasi yang ditetapkan bermula 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayaposta

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments