Perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia pada 11 Julai 2020 menunjukkan jumlah kes baharu positif adalah seramai 8 orang melibatkan empat kes tempatan dan empat kes import.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 8,704 kes.
Jumlah pesakit discaj adalah seramai empat orang dan menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 8,515 kes.
Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 67 orang manakala yang berada di ICU adalah seramai tiga orang dan dua kes memerlukan bantuan alat pernafasan.
Dukacita dimaklumkan terdapat satu lagi penambahan kes kematian baharu melibatkan seorang lelaki warga emas dan menjadikan jumlah kes kematian setakat ini meningkat kepada 122 kes.
Terkini #covid19malaysia, 11 JulaiKes sembuh= 4Jumlah kes sembuh= 8,515Kes positif= 8 kes(kes import= 4, kes…
Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Saturday, 11 July 2020
Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah berakhir dan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), orang ramai haruslah mengekalkan langkah pencegahan COVID-19 sepertimana yang diamalkan sebelum ini.
#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply