Sunday, June 16, 2024
HomeBERITACOVID-19 : Empat pulih, empat kes baharu

COVID-19 : Empat pulih, empat kes baharu

Perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia pada hari ini menunjukkan jumlah kes baharu positif adalah seramai empat orang melibatkan kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 8,729 kes.

Jumlah pesakit discaj adalah seramai empat orang dan menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 8,524 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 83 orang manakala yang berada di ICU adalah seramai 6 orang dan dua kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tiada kes kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian setakat ini kekal dengan 122 kes.

Hanya 4 sahaja kes baharu dilaporkan hari ini melibatkan kes import. Ini bermakna, kes tempatan melaporkan sifar kes.

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Selasa, 14 Juli 2020

Meskipun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah berakhir dan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), orang ramai haruslah mengekalkan langkah pencegahan COVID-19 sepertimana yang diamalkan sebelum ini.

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments