Thursday, May 30, 2024
HomeBERITACOVID-19 : Empat kes kematian libatkan pesakit kronik

COVID-19 : Empat kes kematian libatkan pesakit kronik

Empat lagi mangsa COVID-19 meninggal dunia hari ini (4 April) melibatkan dua lelaki dan dua wanita.

Kematian yang ke 54 (kes 2149) melibatkan seorang wanita berusia 85 tahun, di Institut Jantung Negara dan mempunyai latar belakang penyakit jantung.

Kes ke 55 (kes 860) melibatkan seorang wanita berusia 66 tahun, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail Petra, Kelantan dan mempunyai sejarah dan latar belakang penyakit darah tinggi.

Bagi kes ke 56 (kes 2850) melibatkan seorang lelaki berusia 56 tahun dan meninggal di Hospital Umum Sarawak dan mempunyai sejarah dan latar belakang penyakit jantung dan berkontak rapat dengan kes ke 1031.

Bagi kes keempat setakat hari ini, kes ke 57 (kes 1575) melibatkan seorang lelaki berusia 61 dan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Pahang dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis.

Kes Kematian Baharu #COVID19 di Malaysia setakat 5 Petang, 04 April 2020 adalah seramai 4 orang.Ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini adalah seramai 57 orang.

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Sabtu, 04 April 2020

–THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments