Saturday, November 21, 2026
HomeBERITACOVID-19 : Dua kes baharu di Dungun, Terengganu

COVID-19 : Dua kes baharu di Dungun, Terengganu

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu merekodkan dua kes sembuh dan dua kes baharu COVID-19.

Ini menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 33 kes aktif di Terengganu dengan jumlah keseluruhan 194 kes.

Kes sembuh adalah dari Mukim Tepoh dan Mukim Pelagat manakala dua kes baharu ini dikesan di Mukim Rasau, Dungun melalui saringan kontak rapat kes Kluster Makekar.

Kesemua 33 kes aktif berada dalam keadaan stabil dan dirawat di wad biasa yang dikhaskan untuk pesakit COVID-19 di Hospital Hulu Terengganu dan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceMKN
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments