Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 959 kes baharu hari ini membabitkan 953 kes tempatan dan enam kes import menjadikan jumlah keseluruhan positif dalam negara adalah sebanyak 76,265 kes.
Jumlah pesakit discaj direkodkan seramai 1,068 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 65,124 kes.
Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 10,748 orang manakala 127 pesakit berada di ICU dan 61 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.
Dilaporkan lima kematian direkodkan hari ini dan jumlah kes kematian meningkat kepada 393 kes.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak keluar rumah jika tiada keperluan.
Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!
#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply