COVID-19 : 88 pulih, 68 kes baharu direkodkan

0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan jumlah kes positif COVID-19 baharu pada hari ini (8 Mei) adalah sebanyak 68 kes.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 6,535.

Jumlah pesakit yang sembuh dan discaj pula adalah seramai 88 orang.

Setakat ini jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 4,864 kes (74.43%)

Manakala pesakit yang masih dirawat (Kes Aktif) adalah seramai 1,564 orang.

Seramai 18 orang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tujuh daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sukacita dimaklumkan bahawa TIADA kematian baharu pada hari ini.

Ini menjadikan jumlah kes kematian di negara kita kekal dengan 107 kes (1.64%)

KKM menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil kesempatan di atas kelonggaran PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) yang diberikan.

Kekalkan langkah pencegahan COVID-19 yang diamalkan sebelum ini.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Perkembangan terkini #COVID19Malaysia pada 08 Mei 2020.Jumlah kes positif baharu pada hari ini adalah sebanyak 68…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Jumat, 08 Mei 2020

Leave a Reply