Friday, November 20, 2026
HomeBERITACOVID-19 : 852 kes baharu, empat kematian direkodkan hari ini

COVID-19 : 852 kes baharu, empat kematian direkodkan hari ini

Sebanyak 852 kes baharu positif COVID-19 direkodkan hari ini membabitkan 839 kes temoatan dan 13 kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 40,209 kes.

Jumlah pesakit discaj adalah 825 orang menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 28,234 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 11,689 orang manakala 94 pesakit berada di ICU dan 32 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dilaporkan empat kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 286 kes.

Adalah diharapkan agar orang ramai mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan.berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia kecuali Pahang, Perlis dan Kelantan bermula 9 November sehingga 6 Disember ini.

Ini adalah usaha bagi mengekang seterusnya memutuskan rantaian Covid 19.

#StayAtHome

#BreaktheChain

#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments