Saturday, June 22, 2024
HomeBERITACOVID-19 : 70 pulih, 40 kes baharu dan satu kes kematian direkodkan

COVID-19 : 70 pulih, 40 kes baharu dan satu kes kematian direkodkan

Perkembangan terkini COVID19 di Malaysia pada 14 Mei 2020, dilaporkan jumlah kes baru positif adalah seramai 40 orang.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 6,819 kes.

Jumlah pesakit discaj adalah seramai 70 orang dan menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 5,351 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 1,356 orang manakala yang berada di ICU adalah seramai 16 orang dan 4 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kes kematian baharu pada hari ini adalah sebanyak satu orang melibatkan seorang lelaki dan menjadikan jumlah kes kematian setakat ini meningkat kepada 112 kes.

Terkini #covid19malaysia 14 MeiKes sembuh= 70Jumlah sembuh= 5,351Kes positif= 40Jumlah positif= 6,819Kes kematian=…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Kamis, 14 Mei 2020

KKM menasihatkan orang ramai tidak ambil kesempatan dengan kelonggaran PKPB(Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) yang diberikan. Kekalkan langkah pencegahan COVID-19 yang diamalkan sebelum ini.

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments