Saturday, November 21, 2026
HomeBERITACOVID-19 : 62 pulih, 187 kes baharu

COVID-19 : 62 pulih, 187 kes baharu

Kes baharu COVID-19 pada 26 Mei 2020 dilaporkan bertambah sebanyak 187 kes.

Perincian kes terbabit melibatkan 10 kes import yang terdiri daripada tiga bukan warganegara dan tujuh warga Malaysia.

Manakala, 177 kes melibatkan penularan tempatan yang terdiri daripada 173 bukan warganegara dan empat warganegara Malaysia.

Daripada 173 kes, 155 telah dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil, dan 13 kes daripada Kluster Pengawal Keselamatan Cheras.

Dengan ini jumlah kes COVID-19 yang masih aktif meningkat menjadi 1,448 berbanding semalam 1,323 kes.

Sementara itu, kes sembuh pada hari ini adalah 62 orang dan tiada kematian direkodkan.

Terkini #covid19malaysia, 26 MeiKes sembuh = 62Jumlah kes sembuh = 6,041Kes baharu positif = 187Jumlah positif =…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Selasa, 26 Mei 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments