Saturday, November 21, 2026
HomeBERITACOVID-19 : 54 pulih, 41 kes baharu direkodkan

COVID-19 : 54 pulih, 41 kes baharu direkodkan

Perkembangan terkini COVID-19 pada hari ini (15 Jun), dilaporkan terdapat penambahan 41 kes baharu.

Dilaporkan tiga kes merupakan kes import, manakala 38 yang lain adalah kes penularan tempatan.

Mengikut pecahan, 32 kes adalah bukan warganegara, manakala baki enam merupakan warganegara Malaysia.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia adalah sebanyak 8,494.

Manakala, pesakit discaj adalah seramai 54 orang dan ini menjadikan jumlah kes pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 7,400.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 973 orang dan empat daripadanya dirawat di ICU.

Sukacita dimaklumkan bahawa TIADA kes kematian baharu hari ini dan jumlah kumulatif kematian kekal dengan 121 kes.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Terkini #covid19malaysia, 15 JunKes sembuh = 54Jumlah kes sembuh = 7,400Kes baharu positif = 41(Import = 3Kes…

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Monday, 15 June 2020

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments