Saturday, June 15, 2024
HomeBERITACOVID-19 : 44 pulih, 130 kes baharu dan tiga kes kematian dalam...

COVID-19 : 44 pulih, 130 kes baharu dan tiga kes kematian dalam negara

Berhubung perkembangan terkini COVID-19, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham memberitahu 44 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini (27 Mac).

Ini menjadikan kes kumulatif pulih dan discaj daripada wad adalah sejumlah 259.

Sehingga 12 tengahari tadi, terdapat 130 kes baru dilaporkan, menjadikan kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 2,161 kes.

Seramai 54 kes positif COVID sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 34 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Terdapat tiga kes kematian baharu dilaporkan termasuk satu pelaporan yang disiarkan di laman Facebook KKM pagi ini.

Beliau berkata, sebagai langkah lebih drastik, perintah kawalan pergerakan diperketatkan di kawasan berisiko iaitu di Simpang Renggam Kluang Johor.

Teknik cari, uji, asing dan rawat dari rumah ke rumah akan diaplikasi demi membendung agar virus ini tidak merebak keluar.

Sidang Media: Perkembangan COVID-19 Di Malaysia

Sidang media oleh YBhg. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysiaberkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Jumat, 27 Maret 2020

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments