Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan 4,284 kes baharu menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 226,912 kes.
Jumlah pesakit discaj pula direkodkan seramai 3,804 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 177,794 kes (78.4%).
Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 48,309 orang (21.3%) manakala 307 pesakit berada di ICU dan 141 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.
18 kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 809 kes (0.4%).
Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.
Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!
#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
https://www.youtube.com/c/TheMalayaPost

Leave a Reply