Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan sebanyak 4,094 kes baharu membabitkan 4,086 kes tempatan manakala lapan yang lain adalah kes import.
Catatan kes baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan positif dalam negara terus meningkat kepada 198,208 kes.
Jumlah pesakit discaj pula direkodkan seramai 3,281 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 154,299 kes (77.9%).
Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 43,192 orang (21.8%) manakala 303 pesakit berada di ICU dan 118 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.
10 kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 717 kes (0.4%).
Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.
Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!
#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply