Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan sebanyak 3,585 kes baharu membabitkan 3,583 kes tempatan manakala dua yang lain adalah kes import.
Catatan kes baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan positif dalam negara terus meningkat kepada 190,434 kes.
Jumlah pesakit discaj pula direkodkan seramai 4,076 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 149,160 kes (78.3%).
Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 40,574 orang (21.3%) manakala 280 pesakit berada di ICU dan 111 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.
11 kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 700 kes (0.4%).
Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.
Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!
#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply