Monday, May 20, 2024
HomeBERITACOVID-19 : 3,545 kes baharu, 12 kematian direkodkan

COVID-19 : 3,545 kes baharu, 12 kematian direkodkan

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan 3,545 kes baharu menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 291,774 kes membabitkan 3,544 merupakan kes tempatan dan satu kes import.

Jumlah pesakit discaj pula seramai 3,331 orang dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 260,009 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 30,677 orang, manakala 189 pesakit berada di ICU dan 88  daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

12 kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 1,088 kes.

Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome

#BreaktheChain

#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceMKN
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments