Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITACOVID-19 : 35 kes kematian dalam negara

COVID-19 : 35 kes kematian dalam negara

Ketua Pengarah Kesihatan, Dato Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan terdapat satu lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan kepada CPRC Kebangsaan.

Rekod terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 35 orang setakat ini.

Kes kematian ke-35 (kes ke-1952) merupakan seorang perempuan warganegara Malaysia berusia 57 tahun dan mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia.

Wanita terbabit telah mula bergejala lima hari sebelum dimasukkan ke Hospital Putrajaya pada 17 Mac 2020 dan kemudiannya ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Sungai Buloh.

Hasil ujian pengesahan COVID-19 telah didapati positif pada 18 Mac dan kesihatannya merosot hari demi hari, dan disahkan meninggal dunia pada 29 Mac jam 4.00 petang.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments