Sunday, May 26, 2024
HomeBERITACOVID-19 : 3,339 kes baharu, tujuh kematian direkodkan

COVID-19 : 3,339 kes baharu, tujuh kematian direkodkan

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan 3,339 kes baharu membabitkan 3,324 kes merupakan kes tempatan dan lima belas kes import.

Catatan kes baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan positif dalam negara terus meningkat kepada 158,434 kes.

Jumlah pesakit discaj pula direkodkan seramai 2,676 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 120,051 kes (75.8%).

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 37,782 orang (23.9%) manakala 240 pesakit berada di ICU dan 93 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Direkodkan tujuh kematian hari ini sekaligus menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 601 kes (0.4%).

Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments