Saturday, November 21, 2026
HomeBERITACOVID-19 : 3,306 kes baharu, empat kematian hari ini

COVID-19 : 3,306 kes baharu, empat kematian hari ini

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia mencatatkan 3,306 kes baharu dimana 3,299 kes membabitkan kes tempatan dan tujuh kes import.

Penambahan baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan positif dalam negara terus meningkat kepada 161,740 kes.

Jumlah pesakit discaj pula direkodkan seramai 2,293 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 122,344 kes (75.7%).

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 38,791orang (24%) manakala 226 pesakit berada di ICU dan 94 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Direkodkan empat kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 605 kes (0.4%).

Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments