Saturday, November 21, 2026
HomeBERITACOVID-19 : 3,211 kes baharu, lapan kematian hari ini

COVID-19 : 3,211 kes baharu, lapan kematian hari ini

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih mencatatkan peningkatan kes baharu yang tinggi hari ini dengan jumlah kes 3,211 membabitkan 3,206 kes tempatan dan lima kes import.

Dengan pertambahan kes ini menjadikan jumlah keseluruhan positif dalam negara terus meningkat kepada 151,066 kes.

Jumlah pesakit discaj pula direkodkan seramai 1,939 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 115, 227 kes (76.3%).

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 35,253 orang (23.3%) manakala 204 pesakit berada di ICU dan 87 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Direkodkan lapan kematian hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 586 kes (0.4%).

Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments