Sunday, May 26, 2024
HomeBERITACOVID-19 : 2,998 kes baharu, 22 kematian direkodkan

COVID-19 : 2,998 kes baharu, 22 kematian direkodkan

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan 2,998 kes baharu menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 272,163 kes membabitkan 2,991 merupakan kes tempatan dan tujuh kes import.

Jumlah pesakit discaj pula seramai 5,709 orang dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 229,762 kes (84.42%).

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 44,396 orang (15.21%) manakala 231 pesakit berada di ICU dan 115 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

22 kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 1,005 kes (0.37%).

Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments