Saturday, November 21, 2026
HomeBERITACOVID-19 : 2,764 kes baharu, 13 kematian hari ini

COVID-19 : 2,764 kes baharu, 13 kematian hari ini

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan 2,764 kes baharu menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 248,316 kes.

Catatan baharu ini membabitkan 2,758 adalah kes tempatan dan enam kes import.

Jumlah pesakit discaj pula direkodkan seramai 3,887 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 196,566 kes (79.2%).

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 50,841orang (20.5%) manakala 289 pesakit berada di ICU dan 127 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

13 kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 909 kes (0.4%).

Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments