Monday, June 17, 2024
HomeBERITACOVID-19 : 2,712 kes baharu, 25 kematian direkodkan

COVID-19 : 2,712 kes baharu, 25 kematian direkodkan

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan 2,712 kes baharu menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 274,875 kes membabitkan 2,708 merupakan kes tempatan dan empat kes import.

Jumlah pesakit discaj pula seramai 5,320 orang dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 235,082 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 38,763 orang, manakala 227 pesakit berada di ICU dan 103 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

25 kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 1,030 kes.

Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome

#BreaktheChain

#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceMKN
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments