Friday, June 21, 2024
HomeBERITACOVID-19 : 236 pulih, 131 kes baharu, satu kes kematian

COVID-19 : 236 pulih, 131 kes baharu, satu kes kematian

Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan jumlah kes baru positif pada hari ini bertambah sebanyak 131 orang.

Penambahan kes baru ini telah menjadikan negara hampir mencapai 4,000 kes COVID-19 iaitu dengan jumlah keseluruhan 3,793 kes.

Bilangan pesakit sembuh dan telah discaj hospital adalah 236 kes, saban hari ia menunjukkan negara mempunyai tanda-tanda positif untuk pulih.

Sehubungan itu, jumlah keseluruhan telah sembuh dan discaj adalah 1,241 kes bersamaan dengan 32.72% dari jumlah keseluruhan kes positif.

Pesakit yang dirawat di ICU daripada 99 orang semalam meningkat menjadi 102 orang hari ini dan 54 darinya masih menggunakan bantuan alat pernafasan.

Keseluruhan kematian di negara setakat ini adalah 62 orang dengan penambahan satu kes kematian melibatkan warganegara Malaysia.

Status COVID-19 di Malaysia sehingga jam 5 petang pada 06 April 2020.Keseluruhan kes positif 3,793 dengan 32.72.% telah…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Senin, 06 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments