Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terus mencatatkan peningkatan kes baharu positif COVID-19 yang tinggi dalam negara.
Dilaporkan, 2,335 kes baharu membabitkan 2,324 kes tempatan manakala sebelas adalah kes import menjadikan jumlah keseluruhan positif dalam negara sebanyak 103,900 kes.
Jumlah pesakit discaj direkodkan seramai 874 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 93,414 kes (80.3%).
Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 20,035 orang (19.3%) manakala 108 pesakit berada di ICU dan 50 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.
Dua kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 451 kes (0.4%).
Orang awam dinasihatkan agar tidak keluar rumah jika tiada keperluan.
Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!
#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply