Saturday, November 21, 2026
HomeBERITACOVID-19 : 2,062 kes baharu, satu kematian direkodkan

COVID-19 : 2,062 kes baharu, satu kematian direkodkan

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia merekodkan 2,062 kes baharu positif COVID-19 membabitkan 2,058 kes tempatan dan kes import menjadikan jumlah keseluruhan positif di Malaysia adalah sebanyak 97,389 kes.

Jumlah pesakit discaj direkodkan seramai 911 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 79,304 kes (81.4%)

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 17,646 orang (16.1%), manakala 111 pesakit berada di ICU dan 51 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dilaporkan satu kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 439 kes (0.5%) Takziah buat ahli keluarga mangsa.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak keluar rumah jika tiada keperluan.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments