Sebanyak 20,579 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini.
Jumlah itu menurun sedikit berbanding semalam iaitu 22,597.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di Twitter rasminya berkata, rekod baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini mencecah 1,706,089 kes.
Selangor masih kekal mencatatkan kes tertinggi dengan 4,591 kes diikuti Sabah (2,578), Sarawak (2,522) dan Johor (1,852).
“Sebanyak 1,755 kes direkodkan di Kedah diikuti Pulau Pinang (1,378), Kelantan (1,316) dan Perak (1,208).
“Selain itu, Pahang merekodkan 839 kes diikuti Terengganu (789), Kuala Lumpur (680), Melaka (636) dan Negeri Sembilan (329),” katanya.
Labuan mengekalkan rekod kes terendah dengan hanya dua kes manakala Putrajaya merekodkan 48 kes baharu dan Perlis 56 kes.
Menurut Tan Sri Noor Hisham, kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian untuk seluruh negara adalah 1.01.
Berikut adalah pecahan mengikut negeri.


Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 29 hb Ogos 2021 untuk seluruh negara adalah 1.01. Manakala pecahan mengikut negeri adalah seperti di lampiran. pic.twitter.com/SR4kOIdeKW
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 29, 2021
–THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply