Thursday, July 18, 2024
HomeBERITACOVID-19 : 20 pulih, 212 kes baharu, 4 kematian dalam negara

COVID-19 : 20 pulih, 212 kes baharu, 4 kematian dalam negara

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu perkongsian di laman Facebook memaklumkan kira-kira 20 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini (23 Mac).

Jumlah keseluruhan yang telah pulih dan dibenarkan discaj adalah sebanyak 159 kes.

212 kes baru dilaporkan pada hari ini, menjadikan jumlah positif di Malaysia sebanyak 1,518 kes.

Daripada jumlah baharu ini, 123 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh.

Sebanyak 57 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 27 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan pernafasan.

Sehingga kini, 4 kes kematian baharu dilaporkan sekaligus mencatatkan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 14 kes.

Terdapat 20 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada 23 Mac 2020. Jumlah keseluruhan yang telah pulih dan dibenarkan…

Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Senin, 23 Maret 2020

–THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments