Kementerian Kesihatan Malaysia merekodkan 1,870 kes baharu positif COVID-19 membabitkan 1,868 kes tempatan dan dua kes import hari ini.
Dengan peningkatan ini, jumlah keseluruhan positif dalam negara adalah 110,485 kes.
Jumlah pesakit discaj direkodkan seramai 745 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 87,460 kes (79.2%).
Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 22,562 orang (20.4%) manakala 131 pesakit berada di ICU dan 62 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.
Dilaporkan enam kematian direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 463 kes (0.4%).
Orang ramai dinasihatkan agar tidak keluar rumah jika tiada keperluan.
Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!
#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply