Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan 1,745 kes baharu menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 305,880 kes.
Kes baharu hari ini membabitkan 1,743 kes tempatan dan dua kes import.
Jumlah pesakit discaj pula seramai 2,276 orang dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 280,797 kes (91.77%).
Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 24,025 orang (7.85%) manakala 195 pesakit berada di ICU dan 95 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.
Tujuh kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 1,148 kes (0.38%).
Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.
Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!
#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply