Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan 1,683 kes baharu menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 313,460 kes.
Catatan kes baharu hari ini membabitkan 1,673 merupakan kes tempatan dan 10 kes import.
Jumlah pesakit discaj pula seramai 2,506 orang dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 291,958 kes (93.14%).
Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 20,333 orang (6.49%) manakala 174 pesakit berada di ICU dan 81 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.
Tiga kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 1,169 kes (0.37%).Takziah buat ahli keluarga mangsa.
Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.
Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!
#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply