Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 1,594 kes baharu positif COVID-19 dimana 1,591 merupakan kes tempatan manakala tiga kes import.
Dengan peningkatan baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan positif dalam negara adalah sebanyak 106,690 kes.
Jumlah pesakit discaj direkodkan seramai 1,181 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 85,592 kes (80.2%).
Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 20,643 orang (19.4%), 116 pesakit berada di ICU dan 53 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.
Tiga kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 455 kes (0.4%).
Orang ramai dinasihatkan agar tidak keluar rumah jika tiada keperluan.
Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!
#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply