Thursday, June 20, 2024
HomeBERITACOVID-19 : 1,472 kes baharu, tiga kematian direkodkan

COVID-19 : 1,472 kes baharu, tiga kematian direkodkan

Kes baharu positif COVID-19 masih kekal tinggi dengan rekod sebanyak 1,472 membabitkan 1,467 kes tempatan dan lima kes import menjadikan jumlah keseluruhan positif dalam negara terus meningkat kepada 67,169 kes.

Jumlah pesakit discaj direkodkan seramai 1,552 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 55,311 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 10,495 orang manakala 120 pesakit berada di ICU dan 44 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dilaporkan tiga kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 363 kes.

Anda dinasihatkan agar tidak keluar rumah jika tiada keperluan.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments