Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 1,348 kes baharu positif COVID-19 hari ini.
Jumlah ini membabitkan 1,332 kes tempatan dan em16 adalah kes import menjadikan jumlah keseluruhan positif di Malaysia adalah sebanyak 98, 737 kes.
Jumlah pesakit discaj direkodkan seramai 710 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 80,014 kes (81%)
Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 18,279 orang (18.5%) manakala 102 pesakit berada di ICU dan 44 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.
Dilaporkan lima kematian direkodkan hari ini. Dengan angka ini, jumlah kes kematian meningkat kepada 444 kes (0.5%) Takziah buat ahli keluarga mangsa.
Orang awam dinasihatkan agar tidak keluar rumah jika tiada keperluan.
Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!
#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply