Saturday, June 22, 2024
HomeBERITACOVID-19 : 1,315 kes baharu, empat kematian hari ini

COVID-19 : 1,315 kes baharu, empat kematian hari ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 1,315 kes positif membabitkan 1,310 kes tempatan dan lima kes import mencatatkan jumlah keseluruhan kes positif dalam negara sebanyak 63,176 kes.

Jumlah pesakit discaj direkodkan seramai 1,110 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh dan discaj ialah 51,314 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 11,508 orang manakala 118 pesakit berada di ICU dan 43 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dilaporkan empat kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 354 kes.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak keluar rumah jika tiada keperluan.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments