COVID-19 : 1,309 kes baharu, tiga kematian hari ini

0

Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 1,309 kes positif membabitkan 1,308 kes tempatan dan satu kes import menjadikan jumlah keseluruhan kes positif dalam negara adalah sebanyak 64,485 kes.

Jumlah pesakit discaj direkodkan seramai 1,333 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 52,647 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 11,481 orang manakala 116 pesakit berada di ICU dan 42 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dilaporkan tiga kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 357 kes. Takziah buat ahli keluarga mangsa.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak keluar rumah jika tiada keperluan.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

Leave a Reply