COVID-19 : 1,199 kes baharu, 1,257 sembuh

0

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan 1,199 kes baharu menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 340,642 kes.

Catatan baharu ini membabitkan 1,194 kes tempatan dan lima kes import.

Jumlah pesakit discaj pula seramai 1,257 orang dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 325,182 kes (95.46%).

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 14,209 orang (4.17%) manakala 167 pesakit berada di ICU dan 72 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dua kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 1,251 kes (0.37%).

Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply