Saturday, November 21, 2026
HomeBERITACOVID-19 : 1,153 kes baharu, satu kematian direkodkan

COVID-19 : 1,153 kes baharu, satu kematian direkodkan

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia merekodkan 1,153 kes baharu positif COVID-19 dimana 1,151 merupakan kes tempatan manakala dua lagi membabitkan kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan positif dalam negara adalah sebanyak 91,969 kes.

Jumlah pesakit discaj direkodkan seramai 998 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 76,242 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 15, 294 orang manakala 112 pesakit berada di ICU dan 56 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dilaporkan satu kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 433 kes.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak keluar rumah jika tiada keperluan.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments