Tuesday, July 16, 2024
HomeBERITACOVID-19 : 11 intipati sidang media Menteri Pertahanan

COVID-19 : 11 intipati sidang media Menteri Pertahanan

Antara intipati sidang media khas perkembangan semasa Perintah Kawalan Pergerakan oleh Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini :

1) Tentera akan bantu polis pantau keadaan pastikan rakyat patuhi Perintah Kawalan Pergerakan mulai Ahad ini.

2) 23 Rakyat Malaysia di Iran dan 94 orang di Itali akan pulang minggu hadapan dan terus dikuarantinkan.

3) Polis boleh mengambil tindakan terhadap individu yang sakit tetapi tidak melaporkan keadaan mereka.

4) Semua pekerja Malaysia di Singapura boleh bekerja seperti biasa dengan syarat tinggal di Republik itu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

5) Mereka yang telah pulang ke kampung perlu kekal di kampung.

6) Jangan mempersoalkan kuasa pihak polis dan tentera dalam hal keselamatan negara.

7) Kerajaan tidak merancang untuk umum darurat.

8) Seramai 4000 orang ahli tabligh masih belum tampil secara sukarela untuk buat pemeriksaan.

9) Majikan tidak boleh memaksa pekerja mengambil cuti tanpa gaji semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

10) Kerajaan akan tanggung kos makanan IPTA/IPTS yang tidak dapat pulang ke kampung.

11) Sekatan jalan raya oleh pihak polis akan diteruskan, 11,000 kenderaan telah diperiksa sehingga semalam.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments