Sunday, July 21, 2024
HomeBERITACoronavirus : Mengapa kita tidak boleh keluar rumah?

Coronavirus : Mengapa kita tidak boleh keluar rumah?

Dalam pada kita mematuhi arahan melaksanakan kawalan pergerakan, kita perlu tahu mengapa dan apakah tujuan arahan ini dikuatkuasakan.

Dalam usaha untuk memutuskan rantaian COVID-19, wajar untuk kita tahu bagaimanakah sebenarnya cara wabak ini boleh merebak.

Coronavirus ini boleh tersebar melalui titisan atau sedikit cecair.

Paling ketara, apabila mereka yang positif COVID-19 bersin atau batuk, dengan sangat mudah virus ini tersebar di udara serta pada objek berdekatan atau yang disentuh.

Virus ini dapat bertahan di udara dalam beberapa keadaan.

Ia mengambil kira aspek kelembapan, suhu dan pencahayaan ultraviolet.

Virus ini juga kekal hidup pada objek tidak bernyawa seperti tembaga dan keluli. Begitu juga pada kad board dan plastik.

Jadi, apabila kita keluar rumah dan berjumpa dengan orang ramai, kita terdedah kepada risiko untuk dijangkiti virus terbabit.

Kita tidak pasti akan tahap kesihatan seseorang, kerana virus ini tidak dapat dilihat dan pelbagai kemungkinan boleh berlaku.

Atau mungkin kita menyentuh atau memegang objek yang telah ada virus di sesuatu tempat.

Amat sukar untuk mengelak dari berdekatan dangan mangsa atau memegang objek yang telah dijangkiti virus terutama apabila kita keluar dari rumah.

Sebab itulah disarankan terutama kepada mereka yang mempunyai simptom COVID-19 agar memakai topeng bagi mengurangkan risiko dari terkena jangkitan virus ini.

Selain itu, amalan menjaga kebersihan seperti kerap mencuci tangan adalah wajib dipraktikkan.

Jarakkan diri antara satu sama lain sekarang – kurangnya 1 meter. Kurangkan menyentuh sesuatu objek.

Sebaiknya, patuhilah arahan untuk tidak berada di luar jika tiada keperluan yang penting.

Sesungguhnya, mencegah lebih baik dari merawati.

Sayangi dan hargailah diri anda dan keluarga.

“Stay at home”. Gunalah masa ini dengan melakukan aktiviti bersama keluarga💝

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments