Friday, May 31, 2024
HomeBERITACoronavirus : 259 kematian, 11,791 jangkitan di China

Coronavirus : 259 kematian, 11,791 jangkitan di China

China terus mencatat peningkatan jumlah kematian dari hari ke hari sejak berlakunya penularan wabak coronavirus Disember lalu.

Suruhanjaya Kesihatan Nasional memaklumkan kira-kira 46 orang disahkan meninggal dunia lagi pada hari ini.

Jangkitan coronavirus merebak dengan begitu pantas sehingga mengakibatkan jumlah kematian meningkat kepada 259 daripada 213 semalam.

Virus yang mula tercetus di ibu negeri Hubei, Wuhan telah menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan melonjak naik kepada 11,791 kes.

Peningkatan ini dilihat terus berlaku sejak penularan coronavirus dikesan bermula di sebuah pasar menjual hidupan liar. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments