Friday, July 26, 2024
HomeBERITACara pilih buah tembikai yang manis dan ‘juicy’

Cara pilih buah tembikai yang manis dan ‘juicy’

Siapa yang tidak gemarkan buah tembikai kan. Golongan dewasa mahupun kanak-kanak pasti sukakan rasanya yang manis dan enak.

Ia juga mampu menghilangkan rasa haus dan panas badan kerana isi kandungan air yang tinggi di dalamnya.

Tembikai turut dikenali sebagai timun cina, citrullus lanatus dan semangka, atau dalam istilah Arab, al-biththikh.

Ia berasal dari negara Afrika beribu tahun yang lalu dan tergolong dalam keluarga cucurbitaceae.

Ada beberapa jenis tembikai terdapat di pasaran, antaranya berbiji, tanpa biji, isi merah dan juga kuning.

Jika anda bercadang untuk membelinya, di sini kami titipkan cara memilih tembikai yang manis dan masak ranum.

1. Bentuk buah.

Buah berbentuk bulat lebih manis isinya, berbanding lonjong yang lebih berair dan sesuai dijadikan jus.

2. Garisan pada badan buah.

Garisan yang lebih lurus, cantik, rapat kedudukannya dan berwarna gelap adalah petunjuk isi tembikai yang manis dan segar.

3. Tompokan kuning / oren.

Ini memberitahu bahawa isinya telah masak dengan sempurna.

4. Tompokan ‘jaringan labah-labah’.

Menurut pakar pertanian, tompokan gelap seakan jaringan labah-labah menunjukkan yang buah ini pernah dihinggapi lebah. Ironinya lebah sukakan manisan. Lebih banyak tompokan bermakna lebih manislah isinya.

5. Tapak buah tembikai.

Jika tapaknya kecil, bermakna buah itu manis isinya.

6. Tekstur licin.

Permukaan buah yang licin dan berkilat menandakan buah sudah matang.

7. Cari buah bertangkai (peduncle)

Tangkai berbentuk atau curly yang kering atau kecut memberi petunjuk isinya telah masak sempurna.

8. Timbang berat.

Pilih buah yang berat walau bersaiz kecil. Ini bermakna isi tembikai segar berair.

9. Teknik tepuk atau jentik.

Tepuk atau jentik buah dengan jari. Jika berbunyi seakan-akan kosong atau lempung, ini bermakna ia sudah masak dan elok isinya.

Beberapa tips di atas diharap dapat membantu anda memilih buah yang masak ranum dan segar.

Tips terakhir, simpan tembikai dalam peti sejuk untuk menjamin ketahanannya. Jika ia telah dibelah, balut dengan plastik pembalut terlebih dahulu, kemudian, disimpan dalam peti sejuk ya!

Semoga bermanafaat 🍉

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments