Buat pesakit Diabetes, ada juga sesetengah individu yang akan sentiasa memerlukan pengambilan insulin untuk mengekalkan aras gula darah.
Apa itu Insulin?
Insulin adalah salah satu rawatan yang berasaskan suntikan kepada pesakit Diabetes dimana ianya akan disuntik ke dalam badan pesakit menggunakan picagari bersama jarum atau pen insulin juga bersama jarum.
Biasanya, insulin akan disuntik pada peha, punggung dan abdomen dan ia hanya perlu disuntik di bawah kulit iaitu tidak sehingga ke dalam otot atau urat sebelum menyerap ke dalam saluran darah kecil dan aliran darah.
Namun tidak ramai yang tahu cara pembuangan jarum berkenaan dengan betul kerana jika tersilap cara atau tempat, ianya boleh memberikan kecederaan dan bahaya buat individu lain.
Memetik perkongsian dari laman Facebook Public Health Malaysia, pembuangan jarum pen insulin yang telah digunakan dengan selamat akan dapat membantu menghalang orang lain terutama pekerja yang mengutip sampah dari tercedera dan dijangkiti penyakit.
CARA PEMBUANGAN JARUM PEN INSULINPembuangan jarum pen insulin yang telah digunakan dengan selamat dapat membantu…
Posted by Public Health Malaysia on Thursday, 2 July 2020
Antara cara pembuangan jarum yang telah digunakan dengan betul adalah dengan meletakkan jarum berkenaan ke dalam bekas yang mempunyai penutup.
Seeloknya menggunakan bekas yang agak susah untuk dibuka oleh kanak-kanak contohnya botol air minuman dan juga botol plastik sabun pencuci.
Seterusnya, apabila bekas berkenaan telah penuh, pasangkan penutup bekas dengan ketat dan sempurna.
Buangkan ke dalam tong sampah atau serahkan kepada farmasi di fasiliti kesihatan kerajaan untuk proses pelupusan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda semua.
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply