Monday, May 20, 2024
HomeBERITACalon BN, Dato’ Seri Dr Wee Jeck Seng menang dengan majoriti besar...

Calon BN, Dato’ Seri Dr Wee Jeck Seng menang dengan majoriti besar di Parlimen Tanjung Piai

Seperti yang dijangka calon Barisan Nasional (BN), Dato’ Seri Dr Wee Jeck Seng menjadi pilihan pengundi apabila diumumkan memenangi  kerusi P.165 Tanjung Piai dengan majoriti besar sebanyak 15,086 undi dan menewaskan lima calon yang lain.

Dr Jeck Seng memperoleh 25,466 undi melalui 128 peti undi.

Calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini mendapat 10,380 undi, manakala calon GERAKAN, Wendy Subramaniam dengan 1,707 undi.

Presiden BERJASA, Dr Badhrulhisham Abdul Aziz memperoleh 850 dan dua calon bebas, Dr Ang Chuan Lock (380 undi) serta Faridah Aryani Abdul Ghaffar (32 undi).

Jumlah undi diperoleh itu bermakna calon GERAKAN, BERJASA dan dua calon Bebas hilang wang deposit.

Keputusan rasmi diumumkan Pegawai Pengurus PRK Parlimen Tanjung Piai, Zulkifly Mohd Tahir di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini pada jam 9.16 malam tadi.

Pengundian PRK Tanjung Piai diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Dr Md Farid Md Rafik pada 21 Sept lalu akibat komplikasi jantung.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Allahyarham Md Farid memenangi kerusi itu dengan majoriti 524 undi dalam pertandingan tiga penjuru.

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments