Thursday, July 18, 2024
HomeBERITABunuh ah long sebab dendam

Bunuh ah long sebab dendam

Susulan kejadian seorang ah long mati ditetak di hadapan sebuah restoran di Bandar Bukit Tinggi, semalam.

Siasatan awal polis mengesahkan kejadian itu bermotifkan dendam namun siasatan lanjut masih dijalankan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, motif kejadian itu diketahui hasil penangkapan enam suspek bagi membantu siasatan terhadap kematian lelaki berusia 47 tahun berkenaan.

Susulan itu, kesemua suspek lelaki berusia 27 hingga 54 tahun itu diberkas di sekitar daerah ini dan Banting antara pukul 6.30 petang hingga 2 pagi tadi.

“Keenam-enam suspek kini direman selama sehari selepas perintah berkaitanya dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret Klang, Sarina Sulaiman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments