Saturday, November 21, 2026
HomeBERITABunga Citra Lestari lancar produk pertama, Pashmina by BCL

Bunga Citra Lestari lancar produk pertama, Pashmina by BCL

Pemergian suami mengadap Ilahi secara mendadak memberi kesan mendalam kepada bintang seni popular Indonesia, penyanyi dan pelakon Bunga Citra Lestari.

Allahyarham Asyraf Sinclair yang juga merupakan seorang pelakon dan pengacara meninggal dunia kerana serangan jantung dalam tidur.

Namun, demi kelangsungan hidup dan demi anak tunggal tersayang, Noah 9 tahun, BCL terus tabah menghadapi hari-hari mendatang tanpa suami disisi.

 

Buat pertama kali setelah pemergian suaminya, Bunga tampil untuk sebuah acara muzikal Friday Fusion yang berlangsung di SQ Dome, Cilandak, Jakarta Selatan.

Berdasarkan video yang dimuatnaik di laman Instagram kelab peminatnya @bclsinclairashraf, kelihatan Bunga yang menahan sebak ketika menyampaikan beberapa bait lagu Cinta Sehati dan dibantu oleh para peminat yang hadir.

Walaupun masih bersedih dengan pemergian suami tercinta, kini BCL terus melangkah melebarkan sayapnya ke bidang perniagaan pula.

Laman Instagram @rumahbcl telah berkongsi penjualan shawl jenama Pashmina by BCL secara online atau atas talian.

Melihat dari respon orang ramai ternyata bintang versatile ini sentiasa mendapat sokongan padu peminat.

Ramai yang memberi komen baik ke atas produk yang dikeluarkan BCL kerana menggunakan material yang berkualiti dengan pilihan warna yang menarik.

Semoga BCL terus tabah dan sukses dalam apa jua kerjaya yang diceburinya. –THE MALAYA POST.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments