Saturday, November 21, 2026
HomeBERITABuku 'Idealis Syed Hamid Albar' kupas perjalanan hidup, kerjaya politik

Buku ‘Idealis Syed Hamid Albar’ kupas perjalanan hidup, kerjaya politik

KUALA LUMPUR, 27 Nov – Buku ‘Idealis Syed Hamid Albar’ merungkai perjalanan kehidupan bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar dan pembabitannya lebih lima dekad dalam dunia politik tanah air dilancarkan hari ini.

Pelancaran buku karya Noor Hasilah Ismail dan Firdaus Zainal itu disempurnakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tan Sri Dr. Syed Hamid berkata, konsep penyampaian berbentuk santai memudahkan orang ramai memahami inti pati keseluruhan cerita dalam buku berkenaan.

Katanya, buku itu mengisahkan pengalaman hidupnya sama ada dalam bidang politik mahupun korporat.

“Saya harap melalui penulisan ini, orang ramai dapat mengambil iktibar dan melihat pengalaman tentang sesuatu isu disampaikan dan cuba kaitkan dengan kehidupan mereka.

“Melalui cerita santai yang dikongsi, orang ramai juga dapat mengenali sifat dan karakter seseorang individu.

“Bagi konsep idealis, ia merujuk kepada diri saya yang terlampau berharap untuk sesuatu yang terbaik, bukan dari diri saya, tapi untuk dunia,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran buku berkenaan, di sini, hari ini.

Permulaan cerita dalam buku ini mengisahkan sosok tubuh dikenali ramai iaitu ayahanda Syed Hamid iaitu Tan Sri Jaafar Albar yang mempunyai kewibawaan yang tinggidan perjuangan dalam menegakkan hak-hak orang Melayu dalam UMNO.

Ketegasan dibawa oleh bapanya itu memberi inspirasi kepada beliau.

Setelah berjaya menamatkan pengajiannya dalam bidang undang-undang di luar negara, Syed Hamid kembali ke tanah air untuk memberi sumbangan semula pada negara.

Beliau memegang beberapa portfolio penting dan kemuncaknya sebagai menteri kabinet.

Walaupun dirinya berhadapan dengan pelbagai rintangan, Syed Hamid membawa prinsip untuk kekal tenang dan bersikap rasional dengan setiap perkara yang berlaku.

Biografi buku mendedahkan jatuh bangun beliau dalam politik terutamanya dalam UMNO.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments