WASHINGTON: Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau berkata Kanada mempunyai info dan risikan dari pelbagai sumber yang menunjukkan bahawa kapal terbang Ukraine yang terhempas di luar Tehran kerana kesilapan tembakan oleh tentera Iran.
Seramai 176 orang, termasuk 63 warganegara Kanada dan 11 rakyat Ukraine, terbunuh apabila pesawat itu jatuh sejurus berlepas pada hari Rabu lalu selepas Iran melancarkan peluru berpandu ke pengkalan perumahan tentera Amerika Syarikat di Iraq.
“Kami mempunyai informasi dari pelbagai sumber, termasuk sekutu dan risikan kami sendiri.
“Bukti menunjukkan bahawa pesawat itu ditembak jatuh oleh peluru berpandu melalui permukaan udara negara Iran. Ini mungkin tidak disengajakan,”kata Trudeau.
Terdahulu, pegawai Amerika Syarikat juga berkata pesawat itu berkemungkinan besar ditembak secara tidak sengaja oleh peluru berpandu anti-pesawat Iran.
Menurut data satelit, seorang pegawai Amerika Syarikat berkata, Penerbangan Antarabangsa Ukraine Boeing 737-800 yang terikat di Kiev berlelas ke udara selama dua minit dari Tehran apabila tanda haba dari dua peluru berpandu ke udara telah dikesan.
Ianya terlalu pantas dan berlaku letupan pada pesawat, kata pegawai itu.
Data tanda dan kesan haba kemudian menunjukkan pesawat terbakar ketika turun.
Dua pegawai Amerika Syarikat mengatakan Washington percaya bahawa pesawat yang jatuh pada ketika ketegangan memuncak antara Iran dan Amerika Syarikat, adalah tidak disengajakan.
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkata kemalangan maut itu mungkin kesilapan dan dia tidak percaya ianya adalah kerana isu mekanikal.
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply