Saturday, May 25, 2024
HomeBERITABPH ambil langkah segera bantu kuarters yang dihempap pokok

BPH ambil langkah segera bantu kuarters yang dihempap pokok

Kejadian pokok tumbang akibat ribut petir yang melanda Putrajaya telah menghempap dua buah unit kuarters.

Dua buah kuarters yang terlibat merupakan premis yang diselia oleh Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) iaitu No. 23 dan 25, Jalan P9G/6, Presint 9.

Putrajaya, 30 April 2020:Kejadian pokok tumbang akibat ribut petir melanda Putrajaya sekitar jam 1.00 hingga 2.00…

Dikirim oleh Jabatan Perdana Menteri pada Kamis, 30 April 2020

Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Mohd Sallehhuddin Hassan turun padang meninjau keadaan mangsa yang terlibat dan beliau juga telah meminta pihak BPH untuk mengambil tindakan susulan dengan kadar segera.

Pihak BPH dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya juga telah tiba di lokasi bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan.

Disamping itu, BPH juga telah mengambil langkah segera untuk menempatkan mangsa yang terlibat buat sementara waktu di kediaman yang dinamakan “Rumah Rahmat”.

BPH juga akan memproses penawaran kuarters ganti kepada mangsa yang terlibat.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments